Gambaran, perwatakan dan nama Atilla

Sumber utama bagi maklumat mengenai Attila adalah Priscus, sejarahwan yang mengembara bersama Maximin sebagai duta dari Theodosius II pada tahun 448. Dia menggambarkan kampung yang dibina dan diduduki oleh orang Huns nomad sebagai bersaiz bandar besar dengan dinding kayu kukuh. Dia menggambarkan Atilla sendiri sebagai:

"rendah, dengan dada bidang dan berkepala besar; matanya kecil, janggutnya nipis dan beruban; dan berhidung kemik dan (swarthy complexion), menunjukkan asal-usulnya."

Penampilan fizikal Attila kemungkinan besar seperti jenis Asia Timur atau Mongolian, atau kemungkinannya campuran jenis ini dan orang Turki Asia tengah. Malah, dia kemungkinannya menunjukkan ciri-ciri Asia Timur yang tidak biasa dilihat oleh orang Eropah dengan itu mereka sering menggambarkannya dengan istilah teruk.

Attila dikenali dalam sejarah dan tradisi Barat sebagai Musuh Tuhan - "Scourge of God", dan namanya menjadi lambang bagi kekejaman dan gasar - (barbarism). Sesetengah daripada ini mungkin muncul daripada conflation of his traits, dalam imaginasi terkenal, with those perceived in later steppe warlords such as the Mongol Genghis Khan and Tamerlane: kesemuanya dicampur sebagai kejam, bijak, dan peminat sanguinary perperangan dan merompak. Perwatakan sebenarnya mungkin lebih rumit. Puak Huns zaman Attila telah bergaul dengan tamadun Rom agak lama, sebahagian besarnya melalui foederati Jerman disempadan—dengan itu ketika duta Theodosius pada tahun 448, Priscus mampu mengenalpasti bahasa Hunnic, bahasa Gothic, dan Latin sebagai tiga bahasa utama puak Hun. Priscus juga mengisahkan pertemuannya dengan tawanan Rom timur yang begitu diserap kedalam cara hidup puak Huns sehinggakan dia tidak lagi ingin kembali kenegara asalnya, dan gambaran sejarahwan Byzantine mengenai kehidupan ringkas dan rendah diri Attila jelas menunjukkan kekagumannya.

Konteks sejarah kehidupan Attila memainkan peranan besar dalam membentuk imejnya: dipenghujung tahun terakhir Empayar barat, pergeserannya dengan Aetius (sering kali dikenali sebagai "Rom terakhir") dan kelainan kebudayaannya kedua-dua membantu meletakkan dia sebagai orang gasar yang ganas dan musuh peradapan, sebagaimana sering digambarkan dalam pelbagai rilem dan kerja seni lain. Epik Jerman yang memaparkan Atilla memberikan gambaran yang lebih seimbang: dia merupakan rakan yang bangsawan dan pemurah, seperti Etzel dalam Nibelungenlied, dan sebagai seorang yang bakhil yang kejam (cruel miser), seperti Atli dalam Volsunga Saga dan Poetic Edda. Sungguhpun begitu, sejarah negara tertentu, sentiasa menggambarkannya sebagai bagus; di Hungary dan Turki nama Attila (kadang kala sebagai Atilla dalam bahasa Turki) dan isteri terakhirnya Ildikó kekal masyhur sehingga ke hari ini. Selaras juga, novel penulis Hungari, Geza Gardonyi, A Lathatatlan Ember (diterbitkan dalam bahasa Inggeris sebagai Slave of the Huns, dan sebahagian besarnya berasaskan kepada Priscus) menggambarkan gambaran bersimpati Attila sebagai pemimpin bijak yang disayangi.

Nama Attila mungkin bererti "Bapa Kecil - Little Father" dalam Gothic (atta "bapa" campur ringkasan suffix -la) sebagaimana diketahui ramai Goths berkhidmat dengan Attila. Ia mungkin juga pre-bahasa Turki (asal bahasa Altaik) (bandingkannya dengan Atatürk dan Alma-Ata, sekarang dikenali sebagai Almaty). Ia kemungkinannya berasal daripada atta ("bapa") dan il ("tanah"), bererti "Bapa-Tanah". Atil juga merupakan nama Altaik bagi sungai Volga masakini yang barangkali ialah asal nama Attila.